Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Kenaikan caruman CPF perlu ambil kira keperluan pekerja dan majikan

Mar 04, 2014 | 06:01 AM

BERMULA tahun depan, caruman majikan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) semua pekerja akan naik 1 peratusan mata. Caruman tambahan itu akan disalurkan ke akaun Medisave pekerja. Selain itu, caruman CPF pekerja berusia 50 hingga 55 tahun akan naik 1.5 peratus - 1 peratus daripada majikan dan 0.5 peratus daripada pekerja - sementara pekerja 55 hingga 65 tahun menikmati tambahan 0.5 peratusan mata daripada majikan.

Kenaikan kadar caruman itu penting kerana CPF simpanan wajib warga Singapura yang menjadi tunggak sistem jaringan keselamatan sosial, selain mustahak dalam membina ketahanan ekonomi negara. Ia akhirnya bermakna pekerja mempunyai lebih simpanan bagi memenuhi keperluan perumahan, perubatan dan persaraan sendiri dan keluarga. Menyalurkan simpanan tambahan itu ke akaun Medisave adalah baik kerana ia membantu pekerja menambah tabungan bagi keperluan perubatan semasa bekerja dan selepas bersara. Bagi perumahan, yang idealnya pekerja merancang dengan baik agar dapat melunas pinjaman perumahan menjelang umur 55 tahun. Ini agar simpanan CPF selepas umur itu dapat diketepikan untuk usia senja, apatah lagi jangka hayat warga negara ini telah meningkat.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >