Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Langkah redakan pasaran hartanah tunjukkan hasil

Jan 16, 2014 | 06:00 AM

USAHA pemerintah meredakan pasaran hartanah sejak beberapa tahun lalu supaya ia tidak menjadi gelembung atau bubble, kian menunjukkan hasilnya. Ini terbukti dengan harga flat jualan semula HDB merosot 0.4 peratus sepanjang tahun lalu, berbanding peningkatan 6.6 peratus pada 2012. Bukan itu sahaja, wang tunai atas taksiran (COV) dan bilangan jual beli flat juga berkurangan. Harga perumahan privet pula meningkat lebih perlahan sebanyak 1.2 peratus tahun lalu, berbanding 2.8 peratus pada 2012.

Trend ini, walaupun dilihat sebagai satu kemerosotan, sebenarnya petanda yang dapat mengelakkan Singapura mengalami gelembung hartanah. Pemerintah perlu berusaha memastikan harga hartanah tidak melonjak terlalu tinggi hingga boleh mengakibatkan gelembung itu pecah kerana akibatnya buruk kepada ekonomi. Jika gelembung itu pecah, harga hartanah boleh menjunam, seperti di Ireland, yang harga hartanahnya merosot 50 peratus selepas memuncak pada 2007. Kemantapan dalam harga hartanah harus menjadi matlamat. Oleh itu, dasar-dasar meredakan pasaran perlu dilaksana walaupun ia mungkin menimbulkan rasa kurang puas hati sesetengah pihak.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >