Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

RENUNG SEJENAK

Lebih baik buat perancangan awal daripada berhutang

Aug 14, 2016 | 05:30 AM



APABILA seseorang itu berhutang, adakah kos hutangnya itu terhad kepada jumlah yang dipinjam sahaja?



Misalnya, jika kita meminjam $2,000 daripada sebuah bank, adakah kos hutang kita hanya $2,000?



BAYARAN DAN YURAN TAMBAHAN



Sebenarnya ada beberapa kos tambahan yang perlu ditanggung oleh seseorang yang berhutang, terutama sekali jika mereka gagal melunaskan hutang mereka mengikut jadual.



Ini menyebabkan jumlah yang terpaksa ditanggung dan dibayar semula menjadi semakin banyak.



Kita perlu sedar bahawa apabila kita berhutang, kita perlu mengambil kira duit bunga atau faedah yang harus dibayar dan juga yuran yang dikenakan jika kita lewat membuat bayaran ansuran atau langsung tidak dapat melunaskan hutang kita.



Kos hutang juga akan meningkat apabila kita gagal membuat bayaran ansuran bagi jangka masa yang lama.



Jumlah yang dihutang itu akan menjadi berlipat ganda disebabkan duit bunga atau faedah yang semakin meningkat di samping denda yang dikenakan kerana lewat membuat bayaran ansuran.



Ini tentu sekali akan memberatkan lagi beban hutang yang ditanggung.



GANGGUAN DAN DESAKAN



Bagaimana pula dengan kos yang tidak ketara? Apakah kesan lain apabila hutang tidak dapat dilunaskan?



Apabila kita gagal membayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan, kita akan kerap mendapat panggilan telefon daripada bank atau pemungut hutang.



Ini pastinya akan menjejas fikiran dan emosi kita dan boleh mengakibatkan kita mengalami kemurungan.



Kita juga mungkin tidak dapat memberikan tumpuan kepada pekerjaan.



Jika gangguan daripada pemungut hutang berlaku di tempat kerja pula, kita mungkin boleh dibuang kerja.



Menghadapi tekanan daripada pemiutang seperti ini mungkin menjejas kesihatan atau keselamatan kita, terutama jika pemungut hutang bersikap agresif dengan mendesak atau mengugut agar kita membuat bayaran seberapa segera.



KESAN NEGATIF KE ATAS KELUARGA DAN JIRAN



Hubungan dengan keluarga kita juga boleh terjejas jika gangguan atau telefon berdering tanpa henti di rumah.



Anggota keluarga kita mungkin rasa tertekan atau tidak selamat apabila diganggu pemungut hutang.



Ia boleh menyebabkan keretakan rumah tangga apabila pasangan suami isteri tertekan dan sering bertelingkah akibat gangguan ini.



Anak-anak di rumah juga akan mengalami trauma yang mungkin menjejas prestasi akademik serta kestabilan emosi dan mental mereka.



Jika berhutang dengan tailong pula, ada kemungkinan besar kawasan rumah kita akan dirosakkan - pintu rumah mungkin disimbah cat atau dimangga pemungut hutang.



Kadangkala, rumah jiran kita juga dirosakkan, yang sekali gus akan menjejas hubungan kita dengan jiran.



KEMUFLISAN



Hutang yang tidak dapat dilunaskan boleh menyebabkan kita menjadi muflis.



Kemuflisan boleh menjejas keupayaan kita mencari pekerjaan dan menghalang kita daripada ke luar negara.



Rekod kredit kita juga akan tercemar untuk jangka masa panjang. Ini akan menyukarkan kita membuat perancangan masa panjang untuk diri dan keluarga.



MARI KITA RENUNG SEJENAK



Apakah wajar untuk kita berhutang memandangkan kos berhutang yang tinggi? Tidakkah kita mempunyai cara lain selain daripada berhutang? Bukankah lebih baik kita awal-awal lagi merancang kewangan kita?



Mari sama-sama kita renungkan.



  • Renung Sejenak dibawakan khas oleh Angkatan Karyawan Islam (AMP) sempena sambutan Jubli Perak AMP tahun ini. Encik Abdul Hamid Abdullah ialah Pengerusi AMP.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >