Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Manfaat MCE melebihi kelancaran lalu lintas

Khamis, 9 Januari 2014
Jan 09, 2014 | 06:00 AM

LALU lintas di Ekspreswe Pantai Marina (MCE) sekarang licin dan lancar, termasuk pada waktu sibuk pagi dan petang. Kesesakan yang dialami Isnin lalu, hari kerja pertama selepas ia dibuka, tidak berulang. Pemandu kini lebih arif dan yakin menggunakan ekspreswe tersebut. Mereka dibantu lebih banyak papan tanda elektronik lebih jelas, yang menyediakan maklumat di sepanjang MCE. Jelas bahawa ramai pemandu sudah dapat membuat penyesuaian dengan perubahan terhasil daripada pembukaan ekspreswe itu.

Memang lumrah apabila sesuatu yang baru dilancarkan ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kebingungan. Namun, ini bukan hal yang boleh diremehkan dalam soal ekspreswe dan jalan raya. Ini kerana kekeliruan dan kebingungan boleh mengakibatkan bukan sahaja kesesakan yang tidak produktif, malah nahas. Hakikat MCE tidak dibelenggu masalah reka bentuk yang boleh menyebabkan kekeliruan, sekali gus kesesakan, adalah melegakan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >