Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

SEMBANG BERSAMA USTAZ DR MOHAMMAD HANNAN HASSAN - KISAH MASJID WAK TANJONG

Mengapa dewan solat Masjid Wak Tanjong tak banjir

Jan 14, 2018 | 05:30 AM



KETENTUAN Tuhan memang tidak boleh dinafikan, namun dalam banyak aspek, umat Islam mesti berfikir berdasarkan logik dan fakta terhadap pelbagai perkara yang berlaku.



Ini dinyatakan oleh Timbalan Dekan Akademi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, sambil merujuk contoh kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.



Antara lain, dalam kejadian beberapa hari lalu, bahagian Masjid Wak Tanjong dikatakan terendam banjir tetapi dewan solat utama kelihatan tidak terjejas.



Menurut beliau, hal itu mengundang perhatian dan tafsiran sensasi dan tular di media sosial.



"Apabila saya baca, saya tanya apa konteks mesej itu.



"Ia menarik tetapi mungkin ada tafsiran sensasi. Kita bukan tidak percaya pada keramat atau sesuatu yang berbentuk spiritual, tetapi penerangan mudah mengenai kejadian itu ialah bahagian masjid yang tidak terjejas itu lebih tinggi daripada lutut - ada tangga dan air tidak naik sampai ke paras itu," ujar Dr Hannan.



Beliau akur bahawa sebahagian orang minat pada perkara serupa itu.



Beliau juga tidak menafikan perkara yang dikaitkan dengan keramat seperti Masjid Baiturrahman yang tidak terjejas dalam bencana tsunami yang melanda Aceh pada 2004 sedang bangunan lain di sekeliling musnah. Malah menurutnya, ada makam yang lebih dekat dengan laut - makam mantan mufti besar Aceh - juga tidak terjejas dalam kejadian itu, yang sukar dijelaskan secara fakta.



"Namun, banyak perkara agak mudah dan boleh dijelaskan dengan akal.



"Dalam contoh banjir tidak menjejas Masjid Wak Tanjung, kita boleh tinjau keadaan.



"Kalau kita ada pengetahuan geografi, seperti keadaan tempat tinggi atau rendah, ia boleh bantu menjelaskan," tambah beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >