JUNAIDI Hashim, 25 tahun, mulanya berbangga mendapat ijazah luar negara yang dicita-citakan hampir dua tahun lalu. Namun keceriaan itu tidak lama. Sehingga kini beliau berasa hampa dan kecewa kerana belum lagi mendapat pekerjaan yang sejajar dengan kelulusannya itu.
Malah, beliau sudah banyak menghabiskan masa dan wang ibu bapanya bagi membiayai pelajarannya di sebuah universiti Australia yang kurang dikenali umum.