BERITA mengenai hilangnya pesawat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, mengejutkan ramai orang pada pagi Sabtu lalu.
Apakan tidak, selain ia melibatkan pesawat Malaysia - jiran terdekat Singapura - laporan tentang tragedi seperti itu kini sudah sekian lama jarang berlaku, memandangkan sektor penerbangan awam dan industri pesawat hari ini lebih selamat dan maju dari segi teknologinya.