PADA usia 26 tahun sekitar 1951, Almarhum Cikgu Muhammad Ariff Ahmad mula gigih menulis buku.
"Bersama-sama cikgu-cikgu Asri bin Ahmad dan Ahmad bin Saharum, saya diundang Pustaka Melayu untuk menyemak buku terbitannya. Kami bekerja secara sambilan, hanya pada setiap Sabtu antara 2 hingga 5 petang," ceritanya.