Singapura mungkin telah menempa kejayaan dalam pembangunan. Namun ia tetap tidak lupa berkongsi laluan kejayaannya kepada negara Islam di Timur Tengah seperti Jordan, Qatar, Oman dan Palestin melalui pelbagai saluran seperti program lawatan sambil belajar, menghantar kepakaran ke negara itu, menubuh pusat latihan, malah menyuntik jutaan dolar bagi membantu mereka meningkat keupayaan melalui latihan. HASLEEN BACHIK (hasleen@sph.com.sg) menyingkap antara usaha yang dilakukan.
PENGURUSAN dan pembangunan sektor awam Singapura serta sistem pendidikan negara ini yang berdasarkan meritokrasi adalah antara bidang utama yang mengagumkan pelaksana Program Bantuan kepada Rakyat Palestin (PAPP) di Baitulmakdis, Cik Maha Abusamra.