SATU pameran pendidikan awal kanak-kanak akan diadakan pada Jumaat dan Sabtu ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec.
Dianjurkan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), pameran bertemakan 'Enriching Childhood: It Takes a Village (Memperkayakan Kanak-kanak: Perlukan Penglibatan 'Sekampung') itu akan menampilkan komponen utama purposeful play (permainan berisi tujuan).