BELUM pun Encik Abdul Hamid (bukan nama sebenar) melangkah masuk ke bilik pemeriksaan, dokor atau jururawat sudah pun diberi isyarat menerusi rekod perubatan elektronik beliau bahawa Encik Abdul Hamid menghidap kencing manis dan memerlukan nasihat bagi menyediakannya berpuasa di bulan Ramadan.
"Kami merintis fungsi dalam sistem kami hari ini bagi membolehkan kami mengenal pasti dan menangani pesakit yang menghidap kencing manis mengurus keadaan mereka secara lebih baik semasa berpuasa," kata Cik Zuhaida Amir, seorang jururawat staf kanan dan jururawat pendidik kencing manis bersama Poliklinik SingHealth.