KISAH pelajar politeknik dan madrasah cemerlang di universiti tempatan memang semakin biasa didengar. Tetapi nampaknya pencapaian pelajar politeknik dan madrasah semakin mengagumkan.
Baru-baru ini, dua lulusan madrasah yang memilih laluan politeknik mencipta sejarah apabila ditawarkan tempat di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS).