Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia, kesemua parti pemerintah dan pembangkang giat memperkukuh kumpulan penyokong masing masing. Baru-baru ini, Pakatan Harapan, pakatan pembangkang utama yang ingin mencabar pakatan pemerintah, Barisan Nasional, mendedahkan strategi terkini untuk menggembleng sokongan rakyat. NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg) melaporkan.
WALAU di luar jangkaan, langkah Pakatan Harapan (PH) mengumumkan mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai calon utama menjadi Perdana Menteri - jika ia memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) - menunjukkan perpaduan parti pembangkang demi menggembleng sokongan rakyat.