Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Peralihan Zulfikar dari seorang radikal kepada ekstremis

Aug 02, 2016 | 05:30 AM



PENGUMUMAN penangkapan Zulfikar Mohamad Shariff di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sangat penting.



Sejak sekian lama, Zulfikar dikenali sebagai aktivis sosial yang tegar, sejak penangkapan anggota Jemaah Islamiyah (JI) pada 2001/2002 di Singapura.



Ketika itu, sebagai pengasas fateha.com - laman kontroversial yang tidak dapat bertahan lama - dia menarik perhatian kerana menegaskan tindakan pemerintah menyokong dasar politik Amerika Syarikat dan Israel merupakan sebahagian sebab yang mendorong tindakan anggota JI berkenaan.



Pandangan sempit dan parokialnya itu menyerlah lagi apabila dia mendesak, bagi pihak beberapa ibu bapa Muslim supaya anak mereka dibenarkan memakai tudung, ke sekolah - sekali gus melanggar peraturan pemakaian uniform sekolah yang sama.



Hakikat bahawa ramai Muslim Singapura tidak bersetuju dengan perspektifnya ternyata tidak menjejas pendiriannya.



Apabila polis memulakan siasatan ke atas aktivitinya menyusuli tindakannya mengehos ahli politik daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi membincangkan isu tudung dan tindakannya menyampaikan ceramah berkaitan isu sama di seberang Tambak, dia berhijrah ke Australia bersama keluarganya.



Zulfikar yang radikal



Saya bertemu dia buat pertama kali dan sekali itu saja pada Mac 2003 di Australia.



Dia mendengar ceramah berkaitan JI yang sedang saya sampaikan di Universiti Melbourne, atas undangan kerajaan Australia.



Selepas ceramah itu, pihak penganjur memperkenalkan kami dan kami duduk berbincang sambil minum kopi.



Zulfikar nampak seperti seorang yang sangat pintar, banyak membaca dan berkongsi bahawa dia sedang membuat penyelidikan dan berharap pada satu hari nanti dapat menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah.



Namun, apa yang meninggalkan kesan ke atas diri saya ialah pendirian tegarnya terhadap Singapura, terutama terhadap pemimpin masyarakat Islamnya.



Pada pendiriannya, mereka tidak melakukan apa yang sepatutnya bagi mempromosikan hak masyarakat itu di Singapura, seperti yang dilihat melalui isu tudung dan sebagainya.



Saya secara sopan menyarankan secara umum kepada dia bahawa dalam masyarakat berbilang budaya, pemimpin mana-mana kumpulan etnik dan agama, harus berpendirian sederhana.



Namun, dia tidak berganjak daripada corak pemikiran "kami menentang mereka".



Walaupun ketika itu dia tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia menyokong agenda ganas JI, selepas pertemuan itu, saya rasakan bahawa saya telah bersama seorang individu yang tidak puas hati: paling tepat, seorang yang disifatkan sebagai seorang radikal agama.



Dalam tafsiran akademik, seorang "radikal agama" ialah seorang yang mahu membawa kepada perubahan asas dan struktural dalam masyarakat, sejajar dengan visi yang mereka idamkan berdasarkan tafsiran tertentu agama.



Radikal agama ini boleh berbuat demikian dalam beberapa cara:



Menulis blog di sosial media; membentuk kumpulan kepentingan bagi melobi menyokong agendanya, malah membentuk parti politik agar dapat membentuk dasar pemerintah secara aktif.



Ada ketika, segelintir radikal agama, apabila berdepan dengan halangan politik, perundangan dan sebagainya, mungkin bertindak balas secara ganas, tetapi ini tidak semestinya berlaku.



Ini kerana radikal agama, secara umumnya, tidak mempunyai ideologi sistematik yang mewajarkan keganasan bagi mencapai matlamat mereka.



Contoh bekas radikal agama yang telah kembali ke pangkuan aliran utama termasuk pengamat Britain Maajid Nawaz dan Ed Husain, yang menubuhkan bersama Yayasan Qulliam di Britain - sebuah badan pemikir antipengganasan.



Zulfikar yang ekstremis



Saya bagaimanapun tersentak apabila membaca tentang penangkapan Zulfikar ekoran tindakannya menyokong dan mengagungkan kumpulan militan IS.



Apa yang jelas, sejak pertemuan kami, dia telah berubah daripada menjadi seorang radikal agama kepada ekstremis agama.



Penyelidikan akademik menyarankan seseorang itu mungkin boleh berdialog dengan seorang radikal agama, dah mungkin mengintegrasikan beliau kembali ke aliran utama, namun adalah sukar berbuat demikian dengan seorang ekstremis agama.



Ini kerana ekstemis agama mempunyai pendirian tegar, tidak boleh dirunding dan pendirian "kami-menentang-mereka".



Kepada seorang ekstremis, anda sama ada betul atau sama; baik atau jahat.



Hanya ada satu tafsiran kitab suci yang betul dan satu pihak berkuasa agama yang boleh dipercayai.



Tidak harus ada percampuran dengan golongan kafir kerana bimbang akan ada "pencemaran" - dan paling penting sekali, keganasan boleh diwajarkan sepenuhnya bagi mencapai matlamat seseorang, walaupun pendirian ini biasanya tidak didedahkan apabila imbangan politik tidak menyebelahinya.




"Melihat apa yang dipos di Facebook Zulfikar, tanda pendirian ekstrem ini malangnya sangat jelas:



Sokongannya ke atas tindakan kejam IS memenggal kepala; menggalak penganut Islam lain menyertai pertempuran bersenjata luar negara di zon konflik sebagai satu tanggungjawab agama - dan yang paling jelas, keinginannya memulakan program latihannya sendiri bagi mempengaruhi golongan muda Singapura dengan agenda ekstremnya sendiri untuk menggantikan sistem Singapura yang sekular dan demokratik dengan negara Islam, menggunakan keganasan jika perlu.



Hakikat bahawa dia telah mengembangkan bilangan pengikutnya di Facebook kepada seramai beberapa ribu orang dan dikatakan telah meradikalkan dua rakyat Singapura agar terpengaruh dengan pendirian ganas IS, bermakna pihak berkuasa perlu bertindak sebelum ancamannya ke atas fabrik sosial Singapura bertambah buruk."




Persoalan yang timbul menyusuli perubahan Zulfikar daripada seorang radikal agama kepada seorang ekstremis agama antara 2002 dengan 2016: Adakah wujud 'Zulfikar radikal' lain di luar sana di pelbagai sektor?



Seperti Zulfikar pada 2002, mereka mungkin tidak puas hati dengan pemimpin masyarakat yang pada pandangan mereka, tidak melindungi kepentingan agama, pendidikan dan politik mereka dengan secukupnya.



Apa yang menjadi kebimbangan ialah jika tiada campur tangan awal oleh pihak berkepentingan sewajarnya bagi mengenal pasti dan berbincang secara terbuka dengan golongan "Zulfikar radikal" serupa itu, mereka mungkin berubah menjadi "Zulfikar ektremis".



Golongan serupa itu, yang membangunkan pengikut media sosialnya sendiri, mungkin akan berubah menjadi ancaman ekstremis dalam talian kepada Singapura.



Golongan yang menunjukkan potensi menyerupai 'Zulfikar radikal' ini justeru perlu diintegrasikan semula ke aliran utama, sebaiknya melalui program sistematik bagi mengenal pasti mereka dari awal dan melalui campur tangan yang berkesan.



Campur tangan serupa itu tidak boleh menggunakan satu model saja.



Sebaliknya, ia harus dapat menangani rasa tidak puas hati khusus yang diutarakan oleh setiap daripada golongan 'radikal Zulfikar' ini, dan ia memerlukan penglibatan anggota keluarga, kaunselor agama, pemimpin akar umbi dan pihak berkepentingan lain.



Tentunya, sumber harus diperuntukkan bagi program serupa itu.



Jika perkara ini tidak dapat dilakukan, masalah mungkin akan timbul di hari muka.



  • Penulis Ketua Kajian Dasar dan Penyelaras Program Pengajian Keselamatan Nasional di Pejabat Timbalan Pengerusi Eksekutif, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang. Rencana ini ialah pandangan peribadinya.


Persoalan yang timbul menyusuli perubahan Zulfikar daripada seorang radikal agama kepada seorang ekstremis agama antara 2002 dengan 2016: Adakah wujud 'Zulfikar radikal' lain di luar sana di pelbagai sektor?
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >