SAYA 'tabik spring' dan ucapkan tahniah kepada Encik Muhd Ridzuan Samad dan Cik Nur Atiqah Serrano yang akhirnya dapat membeli flat tiga bilik untuk mereka enam beranak berteduh dan meneruskan kehidupan sama selesa seperti sekitar 90 peratus warga Singapura lain yang memiliki rumah sendiri.
Mungkin ada orang berkata apa yang menarik sangat mengenai mereka kerana flat yang dibeli hanya flat tiga bilik.