Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

PM Lee: Perang dagang akan melemahkan sistem berbilang hala, kemakmuran global

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



PERGESERAN perdagangan di antara China dengan Amerika Syarikat telah berlaku sejak dahulu kala.



Akan tetapi pengumuman tarif yang sehala oleh pentadbiran Trump ke atas import yang disasarkan kepada negara China, kian membuat peperangan perdagangan menjadi suatu perkara yang amat merisaukan.



Amerika Syarikat telah menerima sokongan politik yang meluas bagi langkah-langkah tersebut.



Perniagaan-perniagaan dari Amerika Syarikat, yang telah menyokong penyertaan China dalam Pertubuhan Dagangan Sedunia (WTO) sebelum ini, kini berasa rugi apabila berniaga di China.



Mereka berasa akses pasaran terhad dan pelaburan terbatas, terutama dalam sektor kewangan dan teknologi.



Penyusunan dan konsesi perdagangan yang dibuat pada masa dahulu - ketika China menghasilkan sekitar lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar sedunia - kini kurang diterima pada hari ini walaupun bahagian keluaran dalam negara kasar China telah meningkat kepada 15 peratus.



Tetapi, tarif secara sehala atau unilateral bukan penyelesaian yang betul.



Peperangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.



Namun, jika perang perdagangan itu berlaku, ia akan melemahkan sistem berbilang hala berasaskan peraturan yang telah menyokong kemakmuran global sejak akhir Perang Dunia Kedua.



Akibatnya, negara-negara di seluruh dunia, besar dan kecil, akan terjejas.



Kami percaya pertikaian perdagangan harus diselesaikan mengikut rangka kerja WTO.



Seperti yang telah dinyatakan oleh ahli ekonomi, apabila menilai hubungan ekonomi, perkara penting bukanlah keseimbangan perdagangan dua hala dengan rakan dagang tertentu, tetapi keseimbangan perdagangan secara keseluruhan dengan seluruh dunia.



Tambahan pula, punca defisit perdagangan sesebuah negara itu berlaku di negara itu sendiri.



Defisit perdagangan adalah hasil daripada negara yang berbelanja lebih daripada apa yang telah dihasilkan, dan ia bukan disebabkan atau dapat dipulihkan oleh sekatan perdagangan.



Amerika Syarikat dan China mengongsi hubungan dua hala yang paling penting di dunia.



Kedua-dua negara telah meraih manfaat daripada sistem dagangan terbuka pelbagai hala, dan aturan antarabangsa yang terbuka serta berasaskan peraturan.



Hal ini telah memupuk kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik, dan mengukuhkan lagi hubungan antara Asia, Amerika Syarikat, Eropah dan seluruh dunia.



Asia adalah pasaran eksport yang paling cepat berkembang untuk barangan dan perkhidmatan Amerika Syarikat.



Sebagai pelabuhan kedua paling sibuk di dunia dan pusat kewangan keempat terbesar, Singapura adalah hab global yang menghubungkan ekonomi Amerika Syarikat dengan Asia.



Kami adalah sebuah ekonomi kecil yang terbuka dengan aliran perdagangan yang melebihi tiga kali ganda keluaran dalam negeri kasar per kapita sendiri.



Peperangan perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar di dunia itu akan membawa kesan yang besar dan negatif kepada Singapura.



Sejak menyertai WTO pada tahun 2001, China telah menyaksikan bahagian perdagangan dunia mereka meningkat dengan pesat.



Hal ini telah mengubah keseluruhan baki strategik, dan menimbulkan jangkaan munasabah bagi China untuk meliberalisasikan pasaran mereka dengan lebih lanjut serta menyumbang lebih banyak kepada sistem perdagangan pelbagai hala.



China telah mengisytiharkan komitmen mereka untuk menopang keterbukaan dan multilateralisme.



Bank Pelaburan Infrastruktur Asia dan "Belt and Road Initiative" adalah dua usaha utama oleh China untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan, serta untuk meningkatkan integrasi dan saling ketergantungan.



Semasa Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia baru-baru ini, Presiden Xi Jinping telah mengumumkan rancangan selanjutnya untuk membuka sektor kewangan China, meliberalisasikan peraturan pelaburan asing, melindungi hak harta intelek serta tarif yang lebih rendah terhadap import automobil.



Langkah-langkah tersebut telah diakui dan dialu-alukan oleh Presiden Trump.



Kami tidak sabar untuk melihat langkah-langkah ini dilaksanakan dan membuahkan hasil.



Walaupun kebanyakan negara-negara Asia Pasifik terus mempraktikkan liberalisasi perdagangan dan ekonomi - contohnya, menerusi Trans-Pacific Partnership dan Comprehensive Economic Partnership - inisiatif-inisiatif tersebut tidak dapat mengimbangi kerosakan yang disebabkan oleh peperangan perdagangan.



Selain daripada kerugian ekonomi, hubungan yang tegang di antara Amerika Syarikat dan China akan menyukarkan mereka untuk bekerjasama dalam isu-isu lain seperti isu nuklear di Semenanjung Korea, keselamatan serantau, dan perubahan iklim.



Isu-isu ini tidak boleh diselesaikan tanpa penyertaan penuh kedua-dua negara.



Malah, sekiranya salah satu daripada perselisihan tersebut menjadi semakin tegang dan menjejas hubungan antara Amerika Syarikat dengan China, negara-negara sedunia akan merasakan kesan yang dahsyat.



Persaingan antara Amerika Syarikat dan China adalah suatu perkara yang dijangkakan.



Namun begitu, segalanya akan menjadi berbeza sekiranya persaingan itu berlaku dalam rangka kerja saling ketergantungan dan peraturan antarabangsa yang diterima umum.



Pada dasarnya, apa yang dipertaruhkan adalah peperangan dan keamanan, serta keselamatan dan kestabilan dunia.



Amerika Syarikat, China dan seluruh dunia memiliki banyak perkara yang dipertaruhkan.



  • Penulis Perdana Menteri Singapura. Artikel ini disiarkan di akhbar The Washington Post baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >