MENJATUHKAN Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, bukan satu-satunya sebab pejuang asing berkumpul ke negara itu. Ramalan tibanya hari kiamat dan berakhirnya dunia juga merupakan beberapa 'panggilan' lain, walaupun mungkin tidak sekuat ramalan tentang kiamat itu, bagi mereka mengangkat senjata di sana.
Di satu peringkat, konflik tiga tahun itu, yang telah menyebabkan sekitar 150,000 orang terkorban, merupakan satu pergelutan kuasa antara puak Sunni dengan Encik Assad, yang disokong Iran - kuasa dominan Syiah di rantau tersebut.