Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Rebut peluang ekonomi besar daripada Pameran Udara Singapura

Feb 21, 2014 | 06:00 AM

TEMPAHAN bernilai AS$32 bilion ($41 bilion) dimeterai sewaktu Pameran Udara Singapura, yang berakhir hujung minggu lalu. Ia AS$1 bilion lebih tinggi berbanding dua tahun lalu. Ini serta kejayaan menarik penyertaan lebih 1,000 syarikat, termasuk 60 daripada 100 syarikat aeroangkasa utama, membuktikan tahap keyakinan firma asing akan kemampuan republik ini. Pameran udara itu juga menjana AS$250 juta dalam ekonomi Singapura berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada 2012.

Dengan pertumbuhan ekonomi dunia dijangka dipacu oleh Asia sepanjang abad ke-21 ini, potensi sektor penerbangan terus berkembang adalah besar. Industri penerbangan boleh terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara ini. Singapura boleh memanfaatkan peluang itu dengan mengatur jurusnya bagi menjadi pusat yang menemukan penjual dan pembeli pesawat udara dan apa jua produk serta khidmat berkaitan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >