SAYA berasa gembira membaca kenyataan Menteri Pertahanan, Dr Eng Ng Hen, di akhbar yang berkata "orang Melayu kini berkhidmat dalam pasukan tentera darat, laut dan udara".
Saya bertambah gembira apabila Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan) Dr Mohamad Maliki Osman juga telah berkata "beliau telah bertemu ramai anggota perkhidmatan Melayu dalam setiap khidmat dan pertubuhan dalam Angkata Bersenjata Singapura (SAF)" (Berita Harian, 18 Februari 2015: 'Melayu dalam Tentera Laut' dan 'Kemajuan Melayu dalam keselamatan dan pertahanan').