WALAUPUN kehadiran militan Asia Tenggara di wilayah IS sudah diketahui umum, apa yang kurang diperhatikan adalah kepentingan yang kian meningkat daripada strategi IS melancarkan jihad secara global.
Sejak kumpulan jihad berbahasa Melayu berjuang di Afghanistan pada 1980-an membentuk tulang belakang kepada Jemaah lslamiyah (JI) pada 1990-an dan dekad pertama tahun 2000, IS mempunyai pelan yang lebih hebat untuk militan Kepulauan Melayu.