SINGAPURA mesti sedia hadapi kelembapan ekonomi. Itulah peringatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa berucap di majlis Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) baru-baru ini.
Kelembapan ekonomi disebabkan beberapa faktor, antaranya ekonomi Amerika Syarikat yang masih belum kukuh, ekonomi China yang kian perlahan dan ekonomi Eropah yang terus mendatar.