MENYUSURI ANCAMAN IS

Semua pihak mesti waspada agar tidak terpengaruh dengan IS

Ancaman dan kekejaman kumpulan militan yang dikenali sebagai Negara Islam (IS) terus mendapat perhatian. Kumpulan itu, yang sebelum ini dikenali juga sebagai Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), disifatkan sebagai kumpulan pengganas terbesar dan paling kejam dewasa ini. Malah kejadian ganas yang berlaku di beberapa tempat - seperti di Sydney, Perancis dan Tunisia - dikaitkan dengan pengganasan dan pengaruh IS. Baru-baru ini, dalam usaha menangani ideologi pelampau, persatuan Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura, dengan kerjasama Jagaan Susul Kumpulan Antara Agensi (ACG) dan disokong Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), telah menganjurkan konvensyen belia di Politeknik Republik. Seramai 350 belia daripada madrasah, maktab rendah, politeknik dan universiti mendengar perkongsian daripada pakar mengenai bahaya pengganasan agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan maklumat songsang di media sosial. Berita Harian menemubual Profesor Kajian Keselamatan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) yang juga ketua Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Terorisme di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Rohan Gunaratna, mengenai pengganasan, bahaya, ideologi dan tebaran pengaruhnya menerusi media sosial.

PENUBUHAN IS

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.