Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

S'pura lakar tiga keutamaan sebagai pengerusi Asean

Nov 19, 2017 | 05:30 AM



Sidang puncak Asean ke-31 digulung minggu ini dengan Singapura mengambil alih kepimpinan gabungan 10 negara itu bagi 2018. Apakah keutamaan Singapura untuk Asean bagi tahun mendatang? Ikuti laporan berikut.



KEMAKMURAN Asean yang berterusan memerlukan strategi yang dipertingkat, berlatar cabaran keselamatan yang meningkat dan landskap ekonomi dunia yang pesat berubah.



Sebagai pengerusi Asean bagi tahun mendatang, Singapura telah membentangkan tiga keutamaan bagi negara di rantau ini, yang diutarakan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di sidang puncak Asean ke-31 yang melabuh tirai pada 14 November.



KEAMANAN BERTERAS UNDANG-UNDANG



Menurut Encik Lee, Singapura bertujuan memastikan Asean berpegang kepada prinsip keamanan serantau berteras undang-undang, bagi menangani isu keselamatan seperti keselamatan siber, jenayah merentas sempadan dan pengganasan.



Antara lain, selepas mesyuarat dua hari di Manila, Filipina itu, Asean bersetuju membentuk sebuah Kumpulan Kerja Pakar ad-hoc bagi merumuskan dan membangunkan sebuah Pelan Tindakan Asean bagi Mencegah dan Menentang Kebangkitan Radikalisasi dan Ekstremisme Ganas.



Indonesia menyarankan ia menjadi tuan rumah pertemuan kumpulan ini.



Asean juga merumuskan akan memperkukuh mekanisme sedia ada bagi menangani pengganasan, radikalisme dan ekstremisme ganas.



Ini termasuk melalui dialog serantau kerap - bagi berkongsi analisis dan penilaian faktor, punca serta risiko - demi menguatkan usaha menentang pengganasan peringkat nasional dan serantau.



Dalam usaha menyeluruh menentang pengganasan, badan serantau itu akan memberi penekanan kuat terhadap aspek nyahradikalisasi dalam program pemulihan dan integrasi sebagai sebahagian daripada langkah dalam mengatasi pengganasan, selain menggunakan kekerasan atau tindakan menghukum.



Ini bertujuan memastikan individu radikal atau pelampau bersedia mengintegrasi semula ke dalam masyarakat dan mengelakkan kes 'bentan' atau mereka kembali kepada kegiatan militan atau pengganasan.



Juga, negara anggota Asean memutuskan mengukuhkan komitmen mereka bagi mengukuhkan kerjasama di peringkat serantau dalam pencegahan dan perang jenayah siber.



Ini akan dilakukan antara lain dengan mengakui peri penting mengharmonikan undang-undang berkaitan jenayah siber dan bukti elektronik; dan menggalak anggota meneroka kebolehlaksanaan mematuhi instrumen serantau dan antarabangsa sedia ada dalam memerangi jenayah siber.



Asean juga bersetuju meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara pertubuhan Asean dan agensi setiap negara yang berurusan dengan jenayah siber bagi mengukuhkan usaha melalui pertukaran maklumat, pengalaman dan amalan baik; dan mempertingkat keupayaan setiap negara anggota dalam menangani jenayah siber melalui bantuan antara satu sama lain dalam bentuk kemudahan latihan dan penyelidikan dalam pendidikan, profesional, teknikal dan bidang pentadbiran.



Asean turut bersetuju memperdalam dan memperkuat dialog dan kerjasama politik dan keselamatan bersama negara Kerjasama Asean Campur Tiga (APT) - China, Jepun dan Korea Selatan - termasuk melalui lawatan, dialog dan perundingan peringkat tinggi, serta pengukuhan mekanisme APT sedia ada, dan penyertaan aktif di mekanisme yang diketuai badan serantau itu, demi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.



EKONOMI BERSEPADU DI ASEAN



Singapura juga akan menggesa gabungan 10 negara ini menyepadukan ekonomi dan mempertingkat keterhubungan serantau, demi memastikan daya saing Asean berkekalan.



Ia juga akan meneroka cara inovatif untuk menggunakan teknologi digital supaya warga Asean boleh menambah kemahiran dalam bidang yang relevan.



Antara yang dipersetujui pada sidang puncak itu ialah Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).



Asean mengatakan bahawa ia dan rakan dagangnya akan cuba menyelesaikan rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) RCEP tahun depan.



Dalam satu kenyataan, para pemimpin Asean mengatakan terdapat kemajuan dalam rundingan RCEP tahun ini, dan mereka berharap dapat melaksanakan satu perjanjian perdagangan bebas tahun depan.



"Kami dengan ini mengarahkan menteri dan perunding kami meningkatkan usaha pada 2018 bagi menamatkan rundingan RCEP, dan bertekad memastikan mereka mempunyai sokongan yang diperlukan untuk mencapai hasil itu," kata Asean dalam satu kenyataan.



Blok serantau itu mengatakan RCEP perlu menyatukan perjanjian perdagangan bebas Asean dengan rakan dialognya dan membina hubungan ekonomi baru antara rakan Asean yang tidak mempunyai FTA dengan satu sama lain.



RCEP merangkumi 10 negara anggota Asean dan Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan serta New Zealand.



MEMBINA HUBUNGAN DENGAN RAKAN KONGSI



Encik Lee berkata Singapura akan terus membina hubungan dengan rakan kongsi luar Asean.



Ini termasuk memperkukuh kerjasama dengan pemimpin serantau dan dunia di wadah yang dipimpin Asean, seperti APT, Asean Campur Satu (APO), mesyuarat bersama Menteri Pertahanan Asean dan Sidang Asia Timur.



Tahun depan, Asean akan mengadakan sidang puncak khas di Australia dan India.



Ia juga akan meraikan ulang tahun ke-45 hubungan dengan Jepun, dan ulang tahun ke-25 Forum Serantau Asean.



Singapura juga akan terus memain peranan menyokong kerjasama lebih rapat antara Asean dengan China, sebagai negara penyelaras bagi hubungan dialog Asean-China.



Ini termasuk program bagi memperingati ulang tahun ke-15 Perkongsian Strategik Asean-China tahun depan.



Dalam pada itu, perjanjian perdagangan bebas Asean-Hongkong dan Persetujuan Asean tentang Perlindungan dan Sokongan Hak Pekerja Asing juga dipersetujui di sidang puncak kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >