Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Sumbangkan idea untuk tambah kemeriahan di Kampong Glam

Berita Harian, Jumaat, 17 Januari 2014
Jan 17, 2014 | 06:00 AM

PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) kini sedang menjalankan satu peraduan bagi mendapatkan idea terbaik untuk menghidupkan sebuah kawasan awam dekat Taman Warisan Melayu di Kampong Glam. Apabila dibangunkan kelak, kawasan seluas tiga gelanggang bola keranjang (1,200 meter persegi) itu yang kini lengang dapat menjadi kawasan ruang awam yang rancak - tidak sekadar sebidang tanah kosong dikelilingi bangunan bersejarah atau tempat makan yang popular sekarang.

Seperti juga pembangunan Wisma Geylang Serai, pembangunan ini perlukan pelibatan orang ramai. Walaupun konteks kedua-dua pembangunan adalah berbeza, pendekatan bagi wisma tersebut dapat menjadi contoh bagi membangunkan tanah di Kampong Glam. Lebih 200 saranan, komentar melalui akaun Facebook Wisma Geylang Serai, surat kepada akhbar dan e-mel peribadi telah membantu dalam usaha melestarikan Wisma Geylang Serai menjadi pusat budaya dan warisan Melayu. Pembentukan kumpulan kerja bagi Wisma Geylang Serai yang dianggotai para pemimpin dan karyawan daripada pelbagai latar belakang dan bidang juga banyak membantu mewujudkan kampung baru Geylang Serai yang gah, namun mengekalkan ciri-ciri dan budaya Melayu.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >