SEMALAM orang Jerman keluar mengundi untuk pilihan raya yang dijangka melihat parti berhaluan kanan di Parlimen nasional buat kali pertama sejak Nazi dikalahkan pada 1945.
Parti Alternatif bagi Jerman (AfD) tidak wujud lima tahun lalu. Tetapi dalam masa yang singkat sejak ia dibentuk untuk menentang Kesatuan Eropah (EU), ia telah memenangi kesemua kerusi, kecuali tiga daripada 16 parlimen negeri.