Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

MENJELANG HARI PENAMAAN CALON

Tiga senario

Sep 10, 2017 | 05:30 AM



Apakah senario yang boleh dijangkakan dalam Pilihan Raya Presiden 2017? Menjelang Hari Penamaan Calon Rabu ini, warga Singapura boleh menjangkakan beberapa kemungkinan yang boleh berlaku bagi Pilihan Raya Presiden yang buat pertama kalinya diperuntuk untuk masyarakat Melayu. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).



1.  Tiada pertandingan



Jika seorang sahaja calon yang layak, Pegawai Pilihan Raya akan mengisytihar calon itu dipilih sebagai Presiden pada Hari Penamaan Calon (13 September). Presiden akan memulakan penggal keesokan hari (14 September)



2. Dua penjuru



Dua lagi senario ialah pertandingan dua penjuru dan tiga penjuru, jika Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) mendapati lebih daripada seorang calon layak. Sejauh ini, hanya Cik Halimah layak secara automatik.



Encik Salleh dan Encik Farid tidak layak secara automatik sebagai calon sektor swasta, yang antara lain perlu memenuhi kriteria mengendali syarikat dengan ekuiti pemegang saham sekurang-kurangnya $500 juta sepanjang tiga tahun lepas.



Namun, PEC mempunyai budi bicara untuk membolehkan seorang calon bertanding berdasarkan pengalaman dan keupayaannya.



3. Tiga penjuru



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Mohamed Salleh Marican, 67 tahun



Mantan Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, 63 tahun



Pengerusi Bourbon Offshore Asia Pacific, Encik Farid Khan, 62 tahun




Siapa dalam Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC)?



Inilah anggota PEC yang akan menentukan calon yang layak



• Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC), Encik Eddie Teo, yang juga pengerusi PEC



• Pengerusi Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), Cik Lim Soo Hoon



• Anggota Majlis Presiden bagi Hak Minoriti (PCMR), Cik Chan Heng Chee



• Anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA), Encik Po'ad Shaik Abu Bakar Mattar



• Hakim Rayuan Tay Yong Kwang



• Encik Peter Seah, wakil sektor swasta yang dilantik Perdana Menteri



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >