Singapura dan Indonesia menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala tahun ini dengan mengadakan antara lain program memupuk persefahaman antara budaya dan agama. Melibatkan tokoh agama dua negara itu, Program Fellowship dan Dialog Antara Agama dan Antara Budaya Indonesia-Singapura itu dilancarkan di sini Selasa lalu. Ia dihadiri Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Encik Tan Chuan-Jin, dan Menteri Ehwal Agama Indonesia, Encik Lukman Hakim Saifuddin. Berikut ucapan penuh Encik Lukman di majlis itu.
"PERTAMA, mewakili pemerintah Indonesia, selaku Menteri Agama, saya ingin menyampaikan terima kasih yang tiada terhingga kepada pemerintah Singapura yang telah bersedia bekerjasama mengadakan dialog yang sangat penting ini.