TERIMA kasih kepada pemerintah Singapura kerana prihatin mengenai penderitaan rakyatnya dengan menyatakan kepada Indonesia bahawa penamaan kapal perang tentera laut negara itu sempena nama dua askar marinnya yang mengebom MacDonald House di Orchard Road pada 1965 boleh membuka luka lama.
Indonesia sebuah negara besar dan mempunyai banyak wira dan pahlawan. Nama mereka boleh diberikan kepada kapal tersebut.