MERUJUK kepada artikel mengenai Tidak salah beri ucap perayaan kaum lain dan komentar daripada Ustaz Hasbi (BH, 26 Januari), ingin saya memberi sedikit pandangan dari sudut akidah sebagai seorang anggota masyarakat yang beragama Islam.
Islam tidak pernah membenarkan kita menzalimi yang bukan Muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada semua anggota masyarakat yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Ini sesuai dengan ajaran daripada Al-Quran yang berbunyi: