SAYA merujuk surat Encik Ibrahim Ariff di ruangan forum yang bertajuk 'Insiden ceroboh: Usah ambil sikap sambil lewa' (BH, 15 Mac 2014).
Saya kurang setuju dengan pendapat Encik Ibrahim dalam suratnya yang menyatakan bahawa pegawai Perkhidmatan Negara (NS) tidak sesuai berkerja di barisan hadapan di pusat pemeriksaan Woodlands mahupun di mana-mana tempat hadapan Singapura.