SEDANG beliau beransur pulih setelah menjalani pembedahan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong sempat membuat kiriman Facebook sejurus selepas Belanjawan dibentangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam.
Dalam kirimannya malam kelmarin, Encik Lee berkata Bajet Jubli yang dibentangkan kali ini memberi tumpuan kepada masa depan: membina Singapura dan membantu rakyat Singapura bersedia bagi perubahan yang akan datang.