Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Warga S'pura perlu akui budaya, agama lain juga bernilai

May 30, 2016 | 05:30 AM



WARGA Singapura perlu memberi pengesahan, lebih daripada setakat bertolak ansur, bahawa budaya dan agama lain juga bernilai, jika tidak sama nilainya dengan budaya dan agama mereka sendiri.



Mereka harus mengakui bahawa terdapat banyak 'permata' yang ada dalam semua agama dan budaya yang boleh menjadi ilham serta mengubah kehidupan dalam mereka berusaha menjadi satu bangsa dan negara yang berbudaya tinggi.



Demikian diketengahkan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohammad Alami Musa, yang merupakan antara panel penceramah dalam majlis pembukaan Simposium Sanjung Antarabangsa 2016, di The Fullerton Hotel, pada 19 Mei lalu.



Dalam majlis anjuran Sanjung (Singapura) - badan amal yang menggalakkan nilai murni serta budaya sanjung-menyanjungi demi kesejahteraan negara - Haji Alami yang juga Ketua Pengajian Program Hubungan Antara Agama dalam Masyarakat Majmuk, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berkata:



"Kita mencapai keamanan dan keharmonian sosial sejauh ini dengan setakat bersikap tolak ansur terhadap perbezaan. Ia memadai pada hari ini tetapi tidak cukup jika kita mahu Singapura menaiki beberapa tangga untuk menjadi sebuah negara hebat dengan kepelbagaian."



Haji Alami membincangkan tajuk 'Kepentingan Sanjungan Demi Kesejahteraan Negara, Pertubuhan, Keluarga dan Individu Merentasi Budaya dan Agama'.



Dekan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Kishore Mahbubani, pula menjadi moderator.



Panel penceramah lain dalam simposium hari pertama termasuk Presiden Globethics.net dari Switzerland, Encik Walter Fust; Profesor Yayasan Lee mengenai Hubungan Amerika Syarikat-China dan Pengarah Pusat Asia dan Globalisasi, Sekolah Dasar Awam LKY, NUS, Profesor Huang Jing; dan Pengerusi Pengasas Sanjung (Singapura), Encik Lim Siong Guan.



Acara dua hari yang diadakan buat julung-julung kali itu menyatukan sekitar 280 hadirin daripada kalangan usahawan pemimpin, pemerintah dan masyarakat.



Ia turut melibatkan program interaktif bagi membincangkan bagaimana nilai mulia boleh dijadikan amalan demi kestabilan keluarga di rumah, kejayaan usaha niaga dan negara yang kukuh.



Awal sebelum sesi panel bermula, hadirin berpeluang menonton video khas yang diterbitkan sempena simposium tersebut dengan pengasas dan pengerusi eksekutif e-dagang, Kumpulan Alibaba dari China, Encik Jack Ma, berkongsi cerita bagaimana beliau menjalankan perniagaannya.



Encik Ma, yang berpenampilan sederhana iaitu sekadar berkemeja-T santai umpama mahu ke pasar raya, menjelaskan bagaimana kehormatan dan integriti menjadi tunjang penting bagi sesebuah syarikat yang mahu terus berkembang dan berjaya.



"Kami lebih bersedia menutup syarikat daripada menawarkan rasuah," tegas Encik Mah yang menyingkap kisah bagaimana dua bekas kakitangannya dipecat apabila didapati terlibat dalam rasuah meskipun ia khusus bagi membawa lebih banyak keuntungan kepada syarikatnya yang ketika itu terkapaikapai.



Kepercayaan, tambah Encik Ma, menjadi teraju utama.



Sementara itu, Haji Alami, yang juga Duta Singapura ke Algeria, turut melahirkan keprihatinannya berhubung isu rasuah.



"Rasuah kini beransur-ansur diterima sebagai norma sosial yang muncul dalam banyak masyarakat hari ini sebagai alat yang sah bagi pertumbuhan ekonomi, kemantapan politik atau kesaksamaan sosial.



"Rasuah telah bertukar secara kreatif dalam bentuk yang menyembunyikan dosa atau jenayah itu. Wang rasuah kini dibentangkan sebagai sumbangan politik, pelaburan, bayaran bagi memudahkan kelulusan birokrasi atau komisen bagi tugas yang dilaksanakan," tambah Haji Alami yang juga Anggota Lembaga Pengarah, Sanjung (Singapura).



Nilai moral, ujarnya, kini berubah mengikut kesesuaian korporat, politik tidak bermoral dan rasa tamak manusia.



Pada masa yang sama, beliau turut mengetengahkan perihal meningkatnya fundamentalisme agama dengan seseorang itu berkelakuan secara eksklusif dalam agamanya tanpa mengambil kira kebijaksanaan konvensional norma masyarakat serta bersikap tertutup kepada pandangan orang lain.



Di sinilah pentingnya menghormati dan menyanjungi kepelbagaiann berbeza yang ada.



Menyentuh sambutan simposium tersebut, Encik Lim pula berkata:



"Bilangan mereka yang menghadiri simposium dua hari ini amat menggalakkan. Saya berharap perbincangannya akan membantu mereka menjadi mangkin perubahan dalam keluarga, masyarakat, pertubuhan dan dalam negara kita.



"Maruah adalah mutu paling penting demi kejayaan dan kemampanan semua hubungan jangka panjang dalam perniagaan, kepimpinan, keluarga dan masyarakat.



"Secara bersama, kita membangun budaya sanjung-menyanjungi di Singapura demi kesejahteraan kolektif negara ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >