WARTAWAN merupakan golongan yang berada di barisan depan setiap kali musim haji.
Mereka dipertanggungjawabkan untuk menceritakan segalanya - mengisahkan segala warna-warni, suka duka serta rintangan dan cabaran yang dihadapi, baik jemaah mahupun pihak berkuasa Makkah dan Kerajaan Saudi sepanjang berlangsungnya ibadah haji.