Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Zainal Ihim kembali 'pecah' panggung

Oct 09, 2016 | 05:30 AM



MASIH lagi terkenang kali pertama beliau memegang watak utama sebagai seorang lelaki 'selenge' bernama Sood dalam pementasan komedi Mimah dan Sood pada 1983.



Pementasan tersebut juga merupakan kali pertama pelawak Zainal Ihim, yang pada masa itu berusia 24 tahun, beraksi di Panggung Victoria lama.



"Sejak itu memang saya banyak menghidupkan watak-watak bangsawan, variety show dan lain-lain lagi di sana.



"Memang banyak kenangan manis di panggung itu, tempat di mana saya dapat menonjolkan bakat saya," katanya yang kini berusia 57 tahun.



Tahun ini, beliau kembali sekali lagi ke Panggung Victoria bagi pementasan Malam Lawak Sastera yang dianjurkan Berita Harian buat julung-julung kalinya berjudul Sayang Di Sayang.



Pementasan itu turut memaparkan bakat veteran lain seperti pelakon dan juruhebah radio Junaidah Eksan, tokoh televisyen veteran Norsiah Hamid, pelawak dan pelakon Ariff Isa, penyair Peranakan Baba GT Lye dan seniman mapan M. Saffri A. Manaf.



Menurut Zainal, beliau terharu dijemput sekali lagi untuk menjayakan pementasan walaupun boleh dianggap sebagai 'orang lama'.



Menceritakan pengalamannya bergiat dalam seni lakonan teater pada tahun 1980-an, Zainal berkata bahawa perbezaan ketara pada teater dulu dan sekarang adalah pada teknologi yang digunakan.



"Dahulu saya pernah buat 'show' bangsawan di panggung berkhemah di tanah lapang, sekarang panggung-panggungnya semua sudah canggih-canggih belaka.



"Lampu-lampu sekarang tinggal tekan butang saja, kalau dahulu mereka memerlukan tenaga kerja untuk 'jolok' lampu di atas supaya ia terkena pada kawasan yang diinginkan," katanya.



Beliau berkata sebelum ini beliau sering terlibat dalam persembahan teater yang dipentaskan kumpulan Sriwana di bawah arahan Nadiputra, M. Saffri A. Manaf, Mahadi Shor dan Anuar Datt.



Tambahnya, beliau lebih gemar berlakon di atas pentas jika dibandingkan dengan di televisyen.



"Apabila kita berlakon di atas pentas, apabila kita melakukan sesuatu yang melucukan, kita dapat mendengar gelak ketawa orang ramai secara spontan, dan ini tidak seperti di TV," katanya.



Zainal menambah bahawa beliau berharap agar penonton pelbagai usia dapat hadir menyaksikan pementasan tersebut sambil berhibur dan juga menghargai budaya dan sastera Melayu.



Pementasan itu akan diadakan di Panggung Victoria pada 5 November dari 8 hingga 10 malam sempena Pesta Penulis Singapura ke-19.



Orang ramai boleh membeli tiket persembahan Malam Lawak Sastera di Sistic berharga $30 bagi dewasa dan $15 bagi pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >