Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kes serangan parang di Commonwealth: Lelaki didakwa cederakan tujuh orang

Feb 05, 2024 | 07:10 PM



Seorang lelaki yang dikatakan menyerang tujuh orang awam dengan parang dan pisau di kawasan Commonwealth pada 5 Februari didakwa sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. 

Serangan pada 3 Februari itu mencederakan tujuh orang, berusia antara enam dengan 76 tahun.

Joseph Lau Jin Hua, 20 tahun, didakwa di Kamar Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah dalam perbicaraan yang tidak dibuka kepada awam.

Menurut sistem komputer mahkamah, dia sekarang direman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi bagi pemeriksaan kesihatan, lapor The Straits Times.


Pada 4 Februari, Lau ditahan oleh lima orang awam yang menggunakan kerusi plastik dan batang kayu untuk menghalangnya daripada mencederakan orang lain sebelum polis tiba.

Menurut dokumen mahkamah, Lau dituduh sengaja mencederakan Thurairaj Dharshana Kumar dengan menggunakan parang untuk mengelar lengan kirinya, menyebabkannya mengalami luka.

Kertas pertuduhan itu menyatakan serangan tersebut dikatakan berlaku sekitar 7.05 malam di lobi lif Blok 31 Margaret Drive.

Pada satu sidang media sebelum ini, polis berkata Lau tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Dua lelaki berusia 40 dan 76 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengalami kecederaan ringan akibat serangan itu.

Mereka dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Tiga lelaki lain, berusia 20 tahun, 21 tahun, dan 54 tahun, serta seorang wanita berusia 45 tahun turut mengalami cedera ringan, tetapi menolak bantuan perubatan lanjut.

Adalah difahamkan bahawa Lau dikatakan terlebih dahulu menyerang wanita berusia 45 tahun itu berhampiran Pusat Penjaja Margaret Drive. Namun, wanita tersebut tidak menghubungi polis.

Polis menyatakan ia menerima panggilan sekitar 7.05 malam berkenaan seorang lelaki yang memegang sebilah parang dan berlari ke arah 301 Commonwealth Avenue.

Lelaki berusia 40 tahun itu dan anak perempuannya yang berusia enam tahun diserang di lobi lif blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berhampiran.

Menurut polis, suspek kemudian melarikan diri ke sekitar pusat penjaja tersebut, dan dikatakan menyerang lelaki berusia 76 tahun itu di situ.

Dia kemudian pergi ke Penghubung Taman Alexandra, tempat tiga lelaki berusia 20 tahun, 21 tahun dan 54 tahun itu, diserang.

Kes Lau akan didengar lagi pada 19 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >