Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Lelaki maut dalam kebakaran flat di Whampoa

May 06, 2024 | 06:52 PM



Seorang lelaki berusia 60 tahun maut selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Whampoa pada awal pagi 6 Mei.

Ini adalah kematian kebakaran yang ketiga yang dilaporkan pada 2024, menyamai jumlah kematian untuk keseluruhan 2023.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 6 Mei, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kejadian di Blok 76 Lorong Limau sekitar 2.30 pagi.

Api sedang marak di dalam sebuah unit di tingkat enam apabila SCDF tiba dan mereka perlu masuk secara paksa, kata SCDF.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik selepas ditemui di dalam salah satu bilik tidur.

Dua orang diselamatkan oleh anggota bomba dari dalam bilik utiliti di kawasan dapur dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), kata SCDF.

Polis berkata bahawa mangsa berusia 60 tahun. Dua wanita yang dibawa dalam keadaan sedar ke SGH berusia 60 dan 77 tahun.

Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Encik Heng Chee How, berkata menerusi hantaran di Facebook bahawa dua yang dibawa ke hospital itu adalah anggota keluarga lelaki yang meninggal itu.

Kata Encik Heng: “Pertubuhan masyarakat sedang bekerjasama rapat dengan HDB dan majlis bandaran untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada keluarga yang terjejas. Kami akan melalui masa ini bersama.”

SCDF berkata anggota bomba dari Balai Bomba Central dan Balai Bomba Bishan menggunakan dua pancutan air untuk memadamkan kebakaran yang telah menjejas seluruh unit.

Sekitar 200 penduduk dipindahkan oleh pihak polis dan SCDF sebagai langkah berjaga-jaga.

Polis berkata mereka tidak mengesyaki perbuatan khianat berdasarkan siasatan awal.

Seorang wanita, 28 tahun, yang tinggal di unit sebelah berkata beliau terbangun sekitar 2.30 pagi apabila rakan serumahnya mengetuk pintu.

Jurutera itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Tan, berkata: “Selepas saya bangun, saya terdengar bunyi siren ambulans dari bawah.

“Orang ramai menjerit. Saya tidak pasti apa yang berlaku sehinggalah saya terhidu bau asap dan menyedari ada kebakaran.”

Beliau berkata sejurus sebelum berpindah, beliau melihat anggota bomba membawa keluar seorang lelaki dari unit yang terbakar.

Kata Cik Tan: “Saya nampak mukanya, dan beliau kelihatan tidak sedarkan diri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >