Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pameran pengantin lebih gah di bawah satu bumbung

Jan 10, 2024 | 06:31 PM



Satu lagi pameran perkahwinan terbesar, Mega Wedding & Lifestyle 2024, bakal berlangsung 12-14 Januari.

Bertempat di Singapore Expo, Dewan 6A anjuran MegaXpress International Pte Ltd, ia menawarkan lebih 180 gerai dari dalam dan luar negara.

Terdapat beraneka keperluan lengkap bagi majlis perkahwinan, dan semuanya tersedia di bawah satu bumbung!

Antaranya seperti keperluan untuk katering, hiasan, solekan, fotografi, gubahan, kek, pakej bulan madu dan banyak lagi. Selain makanan dan minuman, pameran itu juga menyediakan barangan kecantikan, fesyen Muslimah, keperluan rumah, pertandingan, ceramah interaktif, cabutan bertuah dan hiburan.

Acara itu diserikan kehadiran selebriti dari dalam dan luar negara seperti pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann, Bonda Rozita, Shahz Jaszle, Linda Hashim dan Beego. Artis tempatan seperti Fuad Rahman juga akan beraksi di acara tersebut.

Pengurus Komunikasi Media dari MegaXpress International, Cik Reny Delfina Hamzah, berkata pihaknya mahu memastikan lebih banyak variasi untuk majlis perkahwinan dan produk-produk jualan yang menarik dipamerkan di acara tersebut.

Acara Mega Wedding & Lifestyle 2024 merupakan pameran pengantin yang terbesar, dan menempatkan keluasan sehingga 5,000 meter persegi.


“Lebih 180 gerai disediakan untuk pengunjung bagi acara tiga hari ini. Orang ramai boleh menyaksikan acara SG Bridal Runway, peragaan kolektif oleh butik-butik pengantin Singapura yang terkemuka, mempamerkan koleksi fesyen baju pengantin moden dan tradisional yang hangat dan terkini di pasaran.


“Bakal pengantin juga boleh melihat acara “Pesona Nusantara 2024” dengan peserta bertanding menunjukkan bakat dan kreativiti mereka dalam kategori solekan dan fesyen,” kata beliau.


Atas permintaan ramai, Cik Reny berkata pengunjung akan dapat menyaksikan pertandingan “Party Dress, Evening Gown & Wedding Gown”, dibawakan khas buat kali kelima dari Indonesia.


“Kami jangkakan sekitar 5,000 hingga 6,000 pengunjung akan hadir di pameran ini. Kami amat mengalu-alukan kedatangan pasangan bakal mempelai untuk mendapatkan promosi yang hebat di Mega Wedding 2024 nanti.


“Selain peralatan dan keperluan untuk pengantin, pelbagai juadah dan minuman menarik juga akan disajikan di acara tersebut,” tambah Cik Reny lagi.


Benefisiari untuk pameran kali ini adalah Masjid Hasanah. Masuk percuma. Maklumat lanjut di laman sosial MegaXpress International Pte Ltd, di Facebook@MegaXpress International Pte Ltd, Twitter atau Instgram@megaxpress.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >