Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Relawan sumbang bakti tanpa jemu

Jualan kupon amal martabak, beriani untuk kumpul dana $3 juta
Sep 17, 2023 | 05:30 AM



Bagi relawan di Masjid Jamae Chulia, Cik Noor Begum A. Marican, kerja peningkatan yang sedang dijalankan ini merupakan satu ‘penghormatan’ bukan hanya untuk jemaah di masjid tersebut seperti dirinya, bahkan umat Islam di sini.

Cik Noor Begum, 65 tahun, telah berkecimpung dan menjadi sukarelawan di Masjid Jamae Chulia sejak 2020, ketika negara berada di ambang Covid-19. Meskipun ramai yang takut keluar rumah pada waktu Covid-19 sedang berleluasa, namun tidak bagi dirinya. Malah, beliau sibuk membantu sepanjang Ramadan lalu dan pada waktu-waktu lapangnya, walaupun dirinya masih sibuk bekerja sepenuh masa.

Baginya, Masjid Jamae Chulia merupakan tempat ibadah yang cukup strategik dan dikunjungi ramai pelancong, pekerja migran dan juga masyarakat Islam setempat. Menurut jurujual ini lagi, berbakti kepada masjid memberikan dirinya kepuasan yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan. Beliau juga berharap ramai lagi kaum ibu dan Muslimah serta belia akan tampil dan bersemangat dengan terus mencurahkan masa dan tenaga mereka kepada masjid-masjid setempat.

“Saya telah menjadi sukarelawan di Masjid Chulia yang terletak di South Bridge Road ini sejak tiga tahun lalu, dan ketika Covid-19 masih lagi hangat berlaku di negara ini. Namun, kerana saya bekerja di kawasan Pagoda Street juga berdekatan di kawasan Chinatown ini, saya rasa lebih terpanggil untuk membantu dalam apa juga kegiatan dan memerlukan sokongan relawan ini.

“Bagi saya, Masjid Jamae Chulia merupakan sebuah masjid yang cukup unik dan tetap dikunjungi ramai sehingga ke hari ini. Kita dapat melihat pelancong dari luar negara bertali urus datang melakukan ibadah di sini selepas mereka membeli-belah di kawasan tarikan pelancong ini.

“Masjid ini juga penuh dengan sejarah dan kerja peningkatan ini amat dinantikan ramai. Saya juga berharap ramai yang akan terus menyokong masjid ini dengan menghulurkan tenaga atau wang ringgit mereka demi kemaslahatan kita bersama,” jelas nenek tiga cucu ini lagi.

Memberitahu Berita Harian (BH), Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, menyatakan bahawa masjid yang terbina pada 1826 ini merupakan salah sebuah masjid yang tertua di Singapura. Beliau berharap masyarakat Islam harus menjaganya agar masjid ini terus berada dalam keadaan yang baik dan terpelihara, demi keselesaan dan kemudahan masyarakat Islam di negara ini. Di samping itu, beliau juga terus mengharapkan sokongan yang berterusan dapat diperolehi, agar misi untuk mencapai jumlah yang dikehendaki, tercapai dengan segera.


Kerja peningkatan ini dijangka selesai dalam masa 10 bulan, dan menelan belanja sehingga $3 juta. Sepanjang tempoh ini, masjid yang telah diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974 ini akan terus beroperasi seperti biasa. Jumlah terkumpul kini sudah pun melebihi $1.2 juta.

“Antara misi utama bagi program peningkatan Masjid Jamae Chulia ini adalah untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Kami tahu cabarannya bukan kecil, dan memang menduga. Namun, kami akan melakukan yang terbaik dan semoga masjid ikonik di kawasan Chinatown ini akan terus terpelihara dan mendapat sokongan padu masyarakat Islam di sini,” kata Encik Rasheed Zaman.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu, turut disediakan untuk orang ramai. Nasi beriani amal ini disajikan oleh restoran Taj Authentic Indian Cuisine, manakala martabak dihidangkan daripada Restoran Victory.

Berikan sumbangan ikhlas kepada Masjid Jamae Chulia:


1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Hantarkan cek atas nama Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu, sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >