Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anggota Senat AS berbelah bahagi ambil tindakan bicara Trump

US
Jan 26, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Penggubal undang-undang Amerika Syarikat berdebat antara satu sama lain berkenaan langkah untuk mendakwa mantan Presiden Donald Trump, memperdalam perpecahan dalam Senat yang sudah pun berbelah bagi sehari sebelum Dewan menyerahkan keputusannya kepada penggubal undang-undang di sana.



Senator Mitt Romney dari Utah, satu-satunya anggota parti Republikan yang memilih untuk menghukum Encik Trump dalam pembicaraan pendakwaan pertamanya, berkata beliau percaya mantan presiden itu telah melakukan salah laku semasa menyandang jawatan presiden.



"Saya percaya apa yang telah dituduh ke atasnya dan apa yang kita semua lihat, iaitu hasutan kepada pemberontakan, merupakan salah laku.



"Jika tidak, apa itu?" kata Encik Romney.



Namun, anggota senat Republikan lain jelas menentang idea mengadakan perbicaraan terhadap Encik Trump dan akan berusaha menolak tuduhan tersebut.



Meskipun Dewan menyampaikan artikel pendakwaan semalam, para pemimpin Senat bersetuju pada hari Jumaat untuk menangguhkan perbicaraan selama dua minggu, memberikan Presiden Joe Biden waktu untuk mengumpulkan anggota Kabinet serta memberi waktu kepada pasukan Encik Trump menyediakan pembelaan.



Namun, rancangan tersebut juga bererti pembicaraan itu akan menguasai hari-hari pertama Encik Biden sebagai Presiden dan boleh menimbulkan ketegangan antara kedua-dua belah pihak.



Sebilangan anggota Senat Republikan, termasuk Encik Mitch McConnell dari Kentucky, bimbang bahawa jika mereka tidak campur tangan untuk menjauhkan diri daripada Encik Trump, hubungan mereka dengan mantan presiden itu dapat merugikan nasib politik parti tersebut selama bertahun-tahun.



Sebahagian anggota lain pula berpendapat bahawa mengadakan perbicaraan Senat bagi presiden yang telah meninggalkan jawatannya adalah tidak mengikut perlembagaan dan akan lebih memecah-belahkan negara.



Senator Marco Rubio dari Florida berkata, mengadakan pembicaraan adalah suatu yang "bodoh" dan "tidak produktif", "seolah-olah mengambil petrol dan menuangkannya ke atas api".



Ditanya sama ada beliau bersetuju bahawa apa yang dilakukan Encik Trump boleh dianggap salah laku, Senator Mike Rounds dari South Dakota pula berkata ia suatu yang "boleh dibahaskan" sambil menambah bahawa mengadakan pembicaraan ke atas mantan presiden tidak pernah dilakukan sebelum ini dan hanya membuang masa.



Wakil dari Pennsylvania, Cik Madeleine Dean, salah seorang pengurus pendakwaan yang akan mengadili kes terhadap Encik Trump, berkata:



"Ada sesetengah orang mahu kita lupakan sahaja kisah lama dan teruskan kehidupan.



"Kita mesti ingat dan percaya bahawa pembicaraan salah laku ini, yang saya harap disabitkan dan di penghujungnya menghapuskan kelayakan (Encik Trump) sepenuhnya, adalah langkah-langkah pertama kepada penyatuan." - NYTIMES




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >