Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bapa, dua anak ditemui mati di KL

Sep 27, 2016 | 12:09 PM



KUALA LUMPUR: Seorang bapa dan dua anaknya yang masing-masing berusia tiga tahun dan tujuh bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di sebuah unit pangsapuri di tingkat dua Taman Sri Sinar, Segambut di sini kelmarin.

Mayat si bapa, Encik Cheah Hing Soon, 34 tahun, ditemui terbaring di atas tilam di bilik tidur utama manakala mayat dua anaknya, Cheah Kai Sze, 3 tahun, dan Cheah Kai Wen, yang masih bayi ditemui dalam dua bekas plastik di bilik lain.

Dua bekas plastik yang mempunyai mayat Kai Sze (perempuan) dan Kai Wen (lelaki) yang sudah mereput masing-masing ditutup dengan kain.

Mayat Hing Soon juga dalam proses mereput.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, berkata mayat itu ditemui oleh isterinya, Cik Kaw Mei Yen, 35 tahun, ketika wanita itu mahu melawat suami dan anak-anaknya pada pukul 12.15 tengah hari.

Menurut beliau, Cik Mei Yen yang masuk ke rumah yang disewa itu terkejut apabila dia menemui suami dan anak-anaknya sudah tidak bernyawa sebelum dia menghubungi bapa mertuanya untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Polis yang memeriksa mayat ketiga-tiga beranak itu percaya mereka sudah meninggal dunia tiga hari lalu.

"Pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan atau kesan luka pada badan ketiga-tiga mangsa itu," kata beliau ketika ditemui di sini kelmarin.

"Polis turut menahan isteri mangsa berusia 35 tahun untuk membantu siasatan lanjut. Maklumat awal, pasangan ini difahamkan sudah berpisah dan isteri mangsa tidak tinggal di rumah ini ," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >