Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bersih ingatkan Anwar, Saifuddin usah guna aset kerajaan semasa berkempen

Aug 06, 2023 | 09:55 AM



KUALA LUMPUR: Pertubuhan pengamat politik, Bersih menggesa menteri kerajaan federal supaya tidak menggunakan aset kerajaan semasa berkempen di enam negeri yang bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana ia perbuatan tidak adil.


Bersih berkata ia telah meninjau kegiatan politik menjelang Hari Mengundi pada 12 Ogos dan merujuk kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggunakan helikopter kerajaan untuk melawat perkampungan Felda di Kedah.

“Menggunakan aset kerajaan untuk berkempen tidak adil. Menteri dan kerajaan federal tidak seharusnya mencampurkan kerja rasmi kerajaan dengan kegiatan berkempen.

“Jika digunakan untuk berkempen, kos tambahan seperti gas dan minyak bagi helikopter dan kenderaan kerajaan lain harus ditanggung oleh pengguna dan bayaran perlu diberitahu kepada awam, dari sudut prinsip.

“Tambahan pula, tokoh politik tidak seharusnya menggunakan kenderaan sedemikian untuk menunjuk-nunjuk atau berkelakuan seperti ia dimiliki mereka atau dibeli menggunakan wang sendiri. Kelakuan angkuh sedemikian hanya akan menghantuinya di masa depan,” kata Bersih dalam satu kenyataan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >