Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 9 tahun di Sabah bergelut dengan buaya semasa berenang

May 25, 2023 | 02:30 PM



KOTA KINABALU: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun bergelut dengan seekor buaya yang menyerangnya semasa berenang ketika air pasang pada Selasa.

Mangsa berjaya melarikan diri tetapi mengalami gigitan di tangan kiri, bahu dan kepala.

“Budak lelaki itu dalam keadaan stabil. Dia menerima lapan jahitan di tangannya,” kata penolong pegawai Sandakan Jabatan Hidupan Liar Sabah, Encik Mozain Abbas.

Serangan tersebut berlaku sekitar 1 tengah hari di perkampungan air Kampung Batu Putih di Sandakan, Sabah.

Mangsa dan rakan-rakannya telah memutuskan untuk berenang kembali ke rumah panggung mereka di tepi pantai kerana air pasang dan mereka diganggu dengan kemunculan buaya itu.

Encik Urbin Markum, 39 tahun, datang untuk menyelamatkan anaknya ketika budak itu melawan buaya dan kemudian membawanya ke klinik swasta untuk rawatan.

Encik Mozain berkata pasukan hidupan liar dikerahkan untuk memantau kawasan itu selepas kejadian itu.

“Apabila air surut, pasukan kami meninjau kawasan itu tetapi tiada tanda buaya itu,” jelas beliau.

Penduduk di situ dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada.

“Orang dewasa mesti memastikan kanak-kanak tidak berada di dalam air atau bermain di kawasan berhampiran sungai,” tambahnya.

Serangan buaya telah meningkat di sungai-sungai pantai timur Sabah di Beluran dan Lahad Datu.

Pada hari Selasa, seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut dalam serangan buaya di Pulau Sumangat Payau di Sandakan.

Di ibu negeri Kota Kinabalu, buaya boleh dilihat setiap hari di kolam berhampiran Kompleks Sukan Likas yang popular.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku, kebimbangan tetap wujud terhadap kehadiran sekurang-kurangnya empat hingga lima ekor buaya di situ.

Pihak berkuasa sukan telah meletakkan tanda amaran manakala renjer hidupan liar telah meletakkan perangkap, tetapi setakat ini tiada satu pun reptilia itu telah ditangkap. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >