Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China harap lawatan Duterte perbaiki hubungan sepenuhnya

Oct 20, 2016 | 02:43 PM



BEIJING: Presiden China, Encik Xi Jinping, berkata pada Khamis (20 Okt) beliau berharap lawatan "penting" Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, ke China dapat membantu "memperbaiki sepenuhnya" hubungan antara dua negara itu, yang terjejas disebabkan pertikaian di Laut China Selatan Sea.



Dua negara itu bersetuju pada Khamis bahawa pertikaian di Laut China Selatan bukan perkara keseluruhan hubungan mereka, dan akan memulihkan rundingan diplomatik dan pertahanan, kata Naib Menteri Luar China, Encik Liu Zhenmin.



Encik Liu membuat komen itu kepada pemberita di Dewan Besar Rakyat, tempat Presiden Xi dan Presiden Duterte mengadakan perbincangan. Beliau juga berkata China akan memulihkan eksport pertanian Filipina ke China dan Beijing akan menyediakan sokongan pembiayaan bagi infrastruktur Filipina.



Encik Xi memberitahu Encik Duterte semasa pertemuan itu bahawa China dan Filipina bersaudara dan dua pihak itu boleh "menangani pertikaian dengan sewajarnya", walaupun beliau tidak menyebutkan Laut China Selatan secara khusus.



"Saya berharap kita boleh ikut kehendak rakyat dan menggunakan lawatan ini sebagai satu peluang untuk menolak hubungan China-Filipina kembali ke tapak kukuh dan memperbaiki keadaan sepenuhnya," ujar beliau.



Encik Duterte menekan mesejnya bahawa beliau ingin meningkatkan kerjasama dengan China, dengan berkata akar jalinan dua negara itu tidak boleh dengan mudah diputus dan dan sekarang "musim bunga" dalam hubungan.



Encik Duterte tiba di Beijing pada Selasa dengan sekurang-kurangnya 200 ahli perniagaan besar untuk membuka jalan bagi apa yang beliau sifatkan sebagai pakatan perdagangan baru, di tengah-tengah kemerosotan hubungan dengan sekutu lama Amerika Syarikat. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >