BEIJING: Pandemik Covid-19 terus menular dengan beberapa negara Asia dan Eropah kini berdepan dengan peningkatan kes jangkitan.
China melaporkan 35,183 jangkitan Covid-19 baharu kelmarin (25 Nov), dengan 3,474 daripadanya bergejala dan 31,709 tidak bergejala, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan semalam.