Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Datuk ditembak mati di Pulau Pinang ketua samseng: Polis

Dec 05, 2016 | 09:04 AM



GEORGE TOWN: Seorang ahli perniagaan yang ditembak mati oleh pengawal peribadinya di Pulau Pinang adalah ketua kumpulan samseng yang dikenali sebagai Geng 24, kata polis Malaysia.



Menurut laman berita dalam talian The Star, polis berkata kumpulan kongsi gelap itu terlibat dalam kegiatan haram mengumpul duit perlindungan dan tailong, dan berada dalam senarai pantauan polis.



"Ia salah satu daripada 14 kongsi gelap yang kami pantau. Kami mempunyai senarai ahlinya dan tahu pergerakan mereka," kata Ketua Polis Daerah (OCPD), Penolong Pesuruhjaya Mior Faridalathrash Wahid.



Sumber-sumber memberitahu The Star kumpulan itu mungkin sedang meluaskan kegiatannya untuk meliputi pengedaran dadah.



Ahli perniagaan itu, Datuk Ong Teik Kwong, 32 tahun, juga dikenali sebagai Datuk M, singkatan bagi 'Datuk Muda'. The Star melaporkan apabila beliau diberi gelaran itu, kawan-kawannya, dan juga pelbagai firma, mengeluarkan iklan ucap tahniah sebanyak 50 muka penuh bernilai lebih RM150,000 ($48,000) di sebuah akhbar berbahasa Cina.



Media Malaysia melaporkan Datuk Ong dikaitkan dengan kes bunuh pada 2011, di mana seorang penjual VCD dibunuh oleh beberapa lelaki bersenjata parang.



Khamis lalu (1 Dec), Datuk Ong sedang melalui Ekspreswe Tun Dr Lim Chong Eu apabila pengawal peribadinya yang berusia 37 tahun menembaknya di dalam kereta yang mereka naiki.



Pengawal peribadi itu juga dikatakan menembak mati seorang pemandu dan seorang penunggang motosikal yang lalu di situ.



Empat yang lain pula cedera terkena peluru sesat.



Pengawal peribadi itu dan orang ketiga yang berada di dalam kereta Datuk Ong, yang turut cedera, ditahan polis untuk disoal siasat.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengawal peribadi itu tidak mempunyai rekod jenayah dan pernah menjadi askar kerahan. Dilaporkan itu hari pertama dia bekerja bersama Datuk Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >