Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubar Rabu

Jun 27, 2023 | 04:19 PM



GEORGE TOWN (Pulau Pinang): Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan pada Rabu, kata Ketua Menteri, Encik Chow Kon Yeow.


Beliau mengumumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Gabenor Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di Seri Mutiara.

“Pagi ini, saya mendapat persetujuan gabenor untuk membubarkan dewan undangan negeri berkuat kuasa Rabu,” katanya memberitahu wartawan yang menunggu di hadapan kediaman Gabenor, lapor The Star.


Beliau berkata dirinya merasa lega setelah mendapat persetujuan Gabenor dan menambah bahawa kini sudah boleh membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Encik Chow berada di Seri Mutiara selama 30 minit, bagi mendapatkan persetujuan pembubaran DUN yang ditandatangani Ketua Negeri Pulau Pinang itu, yang membolehkan pilihan raya negeri diadakan – dijangka pada Ogos.

Beliau tiba di kediaman Gabenor itu sejurus sebelum 8 pagi.

Pada Isnin Encik Chow memberitahu bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan gabenor bagi mendapatkan persetujuan membubarkan DUN negeri itu.

Enam negeri – Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negri Sembilan – tidak membubarkan DUN masing-masing sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 19 November 2022.

Kelantan, Selangor dan Kedah telah mengumumkan pembubaran DUN masing-masing pada 22, 23 dan 28 Jun bagi membolehkannya mengadakan pilihan raya negeri.

Dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pakatan Rakyat ketika itu memenangi 29 daripada 30 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pada 2018, Pakatan Rakyat – ketika itu bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia – memenangi 37 kerusi, mengalahkan Umno yang hanya peroleh dua kerusi dan Parti Islam SeMalaysia (Pas) hanya satu kerusi.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) memenangi 19 kerusi, diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 14 kerusi dan parti Amanah dan Bersatu masing-masing peroleh dua kerusi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >