Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Firma pulpa Indonesia dihukum bersalah mulakan kebakaran haram

Aug 31, 2016 | 07:57 AM



JAKARTA: Mahkamah Tinggi di Palembang telah membatalkan keputusan mahkamah rendah membebaskan syarikat kayu pulpa Bumi Mekar Hijau (BMH) daripada kesalahan memulakan kebakaran secara haram di atas tanah konsesinya pada 2014.



Menurut salinan keputusan pada 12 Ogos yang dilihat oleh akhbar The Straits Times, firma itu didapati "melakukan tindakan menyalahi undang-undang".



Mahkamah Tinggi memerintahkan BMH, yang membekalkan produk kepada Sinar Mas Group Indonesia, membayar 78.5 bilion rupiah ($8 juta) sebagai ganti rugi.



Jumlah itu kecil berbanding 7.8 trilion rupiah ganti rugi yang dituntut Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan apabila ia memfailkan saman sivil terhadap BMH tahun lepas.



Namun, kumpulan hijau seperti Forum bagi Alam Sekitar (Walhi) memuji keputusan terkini itu sebagai "kemenangan kecil" bagi usaha pemuliharaan di Indonesia.



Pengarah bahagian Sumatera Selatan Walhi, Encik Hadi Jatmiko, berkata: "Dari satu segi, mahkamah menyebelahi alam sekitar dengan mengatakan BMH bersalah membakar 20,000 hektar konsesinya secara haram pada 2014. Tetapi adalah mengecewakan bahawa ganti rugi itu kurang 1 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dituntut."



Encik Jasmin Ragil Utomo, daripada Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, semalam (30 Ogos) mengakui keputusan mahkamah itu.



Peguam BMH enggan mengulas mengenai kes itu, dan berkata mereka belum menerima salinan rasmi keputusan tersebut.



Ini bukan kali pertama BMH menarik perhatian berkaitan tuduhan kebakaran hutan. Agensi Pemulihan Tanah Gambut Indonesia awal tahun ini berkata syarikat itu telah diperintahkan memulihkan 95,000ha tanah gambut rosak dalam konsesinya.



Data satelit daripada Pemantauan Hutan Global mengesan sekurang-kurangnya 22 amaran kebakaran di konsesi kayu pulpa mereka antara 21 Ogos dan Ahad (28 Ogos).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >