Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas kaji tawaran, konsesi gencatan senjata Israel

May 03, 2024 | 12:26 PM



KAHIRAH: Seorang pemimpin Hamas berkata pada 2 Mei bahawa kumpulannya akan menghantar delegasi ke Kahirah untuk “menyelesaikan perbincangan berterusan” mengenai perjanjian gencatan senjata di Gaza, satu petunjuk kemajuan dalam usaha tersebut.


Cadangan gencatan senjata terbaru, atas desakan pentadbiran presiden Amerika, Encik Joe Biden sejak beberapa hari kebelakangan ini, timbul selepas perang berlarutan sejak Oktober 2023.

Perjanjian itu termasuk gencatan senjata sementara selama seminggu (walaupun perincian tidak begitu jelas) dan pembebasan tebusan dan tahanan Palestin di Israel.

Ia juga akan membolehkan kepulangan rakyat Palestin ke utara Gaza dan peningkatan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

Ketua sayap politik Hamas, Encik Ismail Haniyeh, berkata kumpulan itu sedang mengkaji cadangan terbaru termasuk konsesi daripada Israel, dengan “semangat positif”.

Delegasi Hamas akan ke Mesir tidak lama lagi untuk cuba mencapai perjanjian atas dasar “menyedari tuntutan rakyat kita dan menamatkan pencerobohan”, menurut satu kenyataan kumpulan itu.

Kurang sehari sebelum itu, jurucakap Hamas, Encik Osama Hamdan, berkata menerusi televisyen Lebonan bahawa “kedudukan kami dalam kertas rundingan semasa adalah negatif”.

Namun pejabat akhbar Hamas kemudiannya berkata kumpulan itu belum lagi menyatakan pendirian rasmi, dan komen Encik Osman bukanlah penolakan secara terang-terangan terhadap cadangan itu.

Di Israel, Kabinet perang bermesyuarat pada petang 2 Mei untuk membincangkan rundingan, serta pencerobohan Israel yang dirancang ke atas Rafah, tempat berlindung terakhir sekitar sejuta rakyat Palestin.

Mesyuarat Kabinet perang diadakan ketika Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu menghadapi tekanan daripada pelbagai puak politik Israel mengenai perang yang meletus pada 7 Otober itu.

Serangan Israel ke atas Rafah adalah titik yang kelihatan sukar dikawal dalam rundingan gencatan senjata. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >