Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hantaran kahwin militan ISIS: mesingan dan bom pinggang letupan

Sep 22, 2016 | 12:50 PM



TRIPOLI (Libya): Militan kumpulan pengganasn Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) menawarkan hantara luar biasa kepada pengantin perempuan mereka: mesingan dan bom tali pinggang.

Ini didedahkan oleh perjanjian perkahwinan mereka yang dijumpai tentera propemerintah yang sedang memerangi kumpulan itu di Libya.

Askar propemerintah menemui arkib mereka apabila menyiasat bangunan yang dirampas semula semasa pertempuran untuk menggulingkan ISIS dari kubu pesisir pantai Sirte.

Dokumen-dokumen itu dimiliki 'Jabatan Kehakiman dan Aduan' kumpulan tersebut.

Arkib itu diterbitkan di laman Facebook pasukan propemerintah dan termasuk kontrak perkahwinan dan penghakiman perceraian tanpa nama sebenar atau maklumat peribadi.

Dalam satu contoh dokumen pada 31 Nov 2015, Abu Mansour, seorang warga Tunisia yang dilahirkan pada 1977 berkahwin dengan seorang wanita Nigeria, Miriam, di hadapan saksi dari Sudan dan Mali.

Berbeza daripada hukum Islam, Abu Mansour tidak membayar mas kahwin tetapi berikrar akan memberi hantaran dalam bentuk bom tali pinggang sekiranya dia mati atau perkahwinan itu dibubar.

Fatima, dari Nigeria, pulpa dijanjikan hantara senapang serangan Kalashnikov sekiranya berlaku perceraian atau suaminya dari Mali, Abu Said, meninggal dunia.

Militan ISIS merampas Sirte pada Jun 2015 dan mengenakan pemerintahan ganas, termasuk hukuman mati di dataran awam.

Mereka meronda di jalan raya dengan kenderaan pacuan empat roda bagi memastikan orang menunai solat dan wanita tidak keluar rumah sendirian.

Tentera bersekutu dengan Pemerintah Permuafakatan Nasional (GNA) Libya melancarkan serangan pada 12 Mei untuk merebut kembali bandar pelabuhan itu, yang merupakan tempat lahir bekas diktator Muammar Gaddafi.

Mereka mengepung kumpulan kmilitan di kawasan kecil di tengah Sirte tetapi dihambat oleh penembak tepat dan pengeboman bunuh diri yang telah membunuh kira-kira 450 pejuang propemerintah. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >