MUMBAI: Lebih daripada 100 bayi yang sihat telah dilahirkan oleh ibu-ibu yang dijangkiti koronavirus di sebuah hospital di bandar Mumbai, barat India, lapor BBC News hari ini.
Tiga daripada 115 bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti virus tersebut di Hospital Umum Perbandaran Lokmanya Tilak pada bulan lalu pada awalnya diuji positif untuk Covid-19, tetapi ujian berikutnya mendapati mereka bebas dari jangkitan virus berkenaan, kata doktor.